Tuesday, March 1, 2011

KeNtUt dalam KeLaS

Lau Woon Kit seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu SallyNa menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Woon Kit ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Pengetua yang berdekatan kelas peralihan (kelas si Woon Kit ni) terdengar suara Lau Woon Kit ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Pengetua: Ada apa ni Woon Kit? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Woon Kit: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu SallyNa tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

haiiii......


 

Monday, February 28, 2011

Oh Rina isteriku.....

Oh Rina........
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Rina lembut sambil membetulkan pakaian Azim. Azim tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Azim mencubit pipi Rina lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Rina hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Azim berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Rina. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Azim berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Azim menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Azim semakin seronok. Azim dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Azim cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Azim masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Rina terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Rina takut." Rina cuba memujuk Azim supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Rina?tak ada apa-apa," Azim terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Azim setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Rina tengok abang motong dia aaa...." Azim terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Azim terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Azim....bangun Zim," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Azim membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Rina mak? Macammana dengan Rina mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Azim menyoal emaknya. Azim tak dapat menahan kesedihannya lagi. Azim menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Azim tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Azim mak, Rina?" Azim masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Azim yang bersegiempat itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Azim terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Azim tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.


Azim sudah bergelar seorang GURU.....  beliau seorang guru yang amat bersemangat. beliau pengganti kawanku
 cikgu Rahim..... dan Rina hanya igauan di masa menjadi PENGANGGUR .... hohoho

JIKA AKU HARUS............

jika aku harus tinggalkan makmal itu.... dlm benakku hanya memutarkan lagu kejamnya SallyNa
Jika aku harus berenang di laut untuk mendapatkan apa yang aku inginkan,
aku akan belajar bagaimana berenang, dan aku akan mengarungi lautan itu. 


Jika aku harus mendaki gunung tertinggi untuk mendapatkan apa yang aku inginkan, aku akan belajar cara memanjat, dan aku akan memanjat gunung itu.


Jika aku harus menyelam samudra terdalam untuk mendapatkan apa yang aku inginkan, maka aku akan belajar bagaimana cara menyelam, dan aku akan menyelami samudra itu. 


Jika aku kecewa kerana hal-hal yang tidak kelihatan seperti yang aku inginkan,
maka aku akan belajar bagaimana menerimanya, dan aku akan mencoba untuk menerimanya.


Setidak tidaknya sekarang aku telah mengalami bagaimana berenang, mendaki dan menyelam dan juga bagaimana untuk menerima segala sesuatu yang berasal dari usahaku..


Kemudian, aku akan mencoba kembali untuk melakukan lebih baik. Demi apa yang aku inginkan…
Aku akan datang.. dan mencapai semua itu..  Semoga saja keinginan ini adalah baik… dan untuk kebaikan semua                    ---;@

Saturday, February 26, 2011

LiLin HARAPAN

Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka

Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.” “Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.” “Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:”Aku adalah Cinta” “Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.” “Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”

“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam. Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

” Akulah H A R A P A N “

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N. yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

hikayat sebuah JAM



Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?” “Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” “Delapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” “Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada si jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?” “Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh antusias.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa karena ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu berarti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Renungan :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap impossible untuk dilakukan sekalipun. Itu tergantung bagaimana kita menyiasati pekerjaan dan tugas kita, bila kita bisa bagi2 menjadi fragmen-fragmen yang kecil.

Jangan berkata “tidak” sebelum Anda pernah mencobanya.




Tuesday, February 15, 2011

kuala lumpur vs kelantan


Alhamdulillah, beribu ribu penyokong TRW satu suara berselawat bersama-sama di SSM IV sebelum kick off. Bergema seluruh pelusuk stadium! - Tan Sri Annuar Musa.....




                                       
rindu molik nokgi stadium.. ikut ere meme unngga kelik.. tp gak esop skoloh. xleh wat gapo. mujur ado radio TRW.. bulih dengar jg.



anok ambo ni kno didik jak kecik lagi jadi pahlawe meroh... bia nyo jd beghani baru payoh nok kucar bojen sepsop..  syukur ke hadrat Illahi... kito mene duo kosom.... ramzul+matyo

Super Mario Game

Bubbles