Showing posts with label hikayat 1001 senyum. Show all posts
Showing posts with label hikayat 1001 senyum. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Orang Gila Otak Fizik....


Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.


Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.


Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik."Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. 


Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang."Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat."Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. 



Kemudian, Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini.


"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.


"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"


Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"




Thursday, March 3, 2011

Bila SallyNa mengajar Peralihanku Bahasa Melayu........

zirafah hebat dpt makan pepucuk dedaunan yg teratas pada sepohon pokok dan tanpa segan silu zirafah mengangkang kakinya untuk minum air yg berada d bawah.... hebatnya zirafah... fikir-fikirkanlah...................
Murid-murid: Selamat pagi,cikgu. 
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja?Petang dan malam,awak doakan saya tak selamatkah? 
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam,cikgu! 
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain!Katakan saja selamat sejahtera!Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. 
Murid-murid: Selamat sejahtera,cikgu! 

Cikgu: Sama-sama,duduk!Dengar sini baik-baik.Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan.Apabila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham? 
Murid-murid: Faham,cikgu! 
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. 
Murid-murid: (senyap) 
Cikgu: Pandai! 
Murid-murid: Bodoh! 
Cikgu: Tinggi! 
Murid-murid: Rendah! 
Cikgu: Jauh! 
Murid-murid: Dekat! 
Cikgu: kurus ! 
Murid-murid: GENDUT! 
Cikgu: Salah, salah, salah ! 
Murid-murid: Betul betul betul ! 
Cikgu: Bodoh ! 
Murid-murid: Pandai ! 
Cikgu: Bukan! 
Murid-murid: Ya! 
Cikgu: Oh Tuhan! 
Murid-murid: Oh Hamba! 
Cikgu: Dengar sini! 
Murid-murid: Dengar situ! 
Cikgu: Diam! 
Murid-murid: Bising! 
Cikgu: Itu bukan pertanyaan,bodoh! 
Murid-murid: Ini adalah jawapan,pandai! 
Cikgu: Mati aku! 
Murid-murid: Hidup kami! 
Cikgu: Rotan baru kamu tau! 
Murid-murid: Akar lama tak tau! 
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua! 
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu! 
Cikgu: Kamu gila! 
Murid-murid: Kami siuman! 
Cikgu: Cukup!Cukup! 
Murid-murid: Kurang!Kurang! 
Cikgu: Sudah!Sudah! 
Murid-murid: Belum!Belum! 
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat? 
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit! 
Cikgu: Oh!Melawan! 
Murid-murid: Oh!Mengalah! 
Cikgu: Kurang ajar! 
Murid-murid: Cukup belajar! 
Cikgu: Habis aku! 
Murid-murid: Kekal kami! 
Cikgu: OK Pelajaran sudah habis! 
Murid-murid: KO Pengajaran belum bermula! 
Cikgu: Sudah,bodoh! 
Murid-murid: Belum,pandai! 
Cikgu: Berdiri! 
Murid-murid: Duduk! 
Cikgu: Saya kata GENDUT salah! 
Murid-murid: Kami dengar kurus betul! 
Cikgu: Bangang kamu ni! 
Murid-murid: Cerdik kami tu! 
Cikgu: Rosak! 
Murid-murid: Baik! 
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! 
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu! 
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) 


Sebentar kemudian,loceng pun berdering.Murid-murid berasa lega kerana guru yang hebat SAINS telah keluar.Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi... HahaHa,,,,,, 

..........

Wednesday, March 2, 2011

PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA !


Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.


Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

Tuesday, March 1, 2011

KeNtUt dalam KeLaS

Lau Woon Kit seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu SallyNa menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Woon Kit ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Pengetua yang berdekatan kelas peralihan (kelas si Woon Kit ni) terdengar suara Lau Woon Kit ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Pengetua: Ada apa ni Woon Kit? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Woon Kit: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu SallyNa tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

haiiii......


 

Monday, February 28, 2011

Oh Rina isteriku.....

Oh Rina........
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Rina lembut sambil membetulkan pakaian Azim. Azim tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Azim mencubit pipi Rina lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Rina hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Azim berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Rina. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Azim berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Azim menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Azim semakin seronok. Azim dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Azim cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Azim masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Rina terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Rina takut." Rina cuba memujuk Azim supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Rina?tak ada apa-apa," Azim terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Azim setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Rina tengok abang motong dia aaa...." Azim terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Azim terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Azim....bangun Zim," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Azim membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Rina mak? Macammana dengan Rina mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Azim menyoal emaknya. Azim tak dapat menahan kesedihannya lagi. Azim menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Azim tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Azim mak, Rina?" Azim masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Azim yang bersegiempat itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Azim terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Azim tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.


Azim sudah bergelar seorang GURU.....  beliau seorang guru yang amat bersemangat. beliau pengganti kawanku
 cikgu Rahim..... dan Rina hanya igauan di masa menjadi PENGANGGUR .... hohoho

Super Mario Game

Bubbles