Monday, February 28, 2011

Oh Rina isteriku.....

Oh Rina........
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Rina lembut sambil membetulkan pakaian Azim. Azim tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Azim mencubit pipi Rina lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Rina hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Azim berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Rina. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Azim berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Azim menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Azim semakin seronok. Azim dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Azim cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Azim masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Rina terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Rina takut." Rina cuba memujuk Azim supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Rina?tak ada apa-apa," Azim terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Azim setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Rina tengok abang motong dia aaa...." Azim terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Azim terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Azim....bangun Zim," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Azim membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Rina mak? Macammana dengan Rina mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Azim menyoal emaknya. Azim tak dapat menahan kesedihannya lagi. Azim menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Azim tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Azim mak, Rina?" Azim masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Azim yang bersegiempat itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Azim terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Azim tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.


Azim sudah bergelar seorang GURU.....  beliau seorang guru yang amat bersemangat. beliau pengganti kawanku
 cikgu Rahim..... dan Rina hanya igauan di masa menjadi PENGANGGUR .... hohoho

3 comments:

  1. adeiii..... blum ada la akma...huhuhu... susah nk cari org baik mcm mu

    ReplyDelete
  2. nnt klu dh ade mu kne wat entry cmni gak..hehe
    baekkah aku...??tettt...haha
    mu baek jugak..!!

    ReplyDelete

Super Mario Game

Bubbles