Friday, March 4, 2011

politik MULUK BECOK dari sekolah...

mulut lembeeeekkkk......

Politik di sekolah memang hebat daripada politik di dunia politik yang sebenar. Politik di sekolah bermula @ timbul apabila lahirnya sikap hasad dengki yang amat kuat, cemburu membabi buta terhadap sesuatu perkara, semangat gila pangkat yang tinggi dan nawaitu bernafsukan syaitan durjana dalam diri oleh seseorang yang menggelarkan diri mereka hebatlah kononnya. Pendek kata golongan ini sememangnya tidak mempunyai sikap penyabar dalam hati tetapi sikap membodek no 1 dalam hati busuknya.


Di sekolah, golongan ini terdiri daripada mereka-mereka yang orang lama la kononnya. Banyak pengalaman, ilmu di dada penuh dan muka mesti senantiasa serius di hadapan para pelajar. Ahakss.... macam setan perangai.. eh lupa dan memang setan pun. Kebiasaannya, guru baru akan menjadi mangsa dalam menyiapkan kerja-kerja mereka. Mereka hidup di sekolah dalam keadaan serba elok dan sempurna. Mereka memang aktif membodek pihak pentadbir dengan cara menceritakan segala keburukan pihak-pihak lain bagi menunjukkan mereka lah orang yang seharusnya paling mesti wajib dipercayai. Hahahahha.....


Contohnya... kak wana.. kak wana... rahim ngn syahril tak masuk meeting.. tolongla kak wana kasi marah dia
contoh lain... puan maznita... wan zul ngn syahril tak hantar buku disiplin.....  tolongla bla bla bla........


Contoh sebegini menunjukkan betapa ceteknya semangat kerja berpasukan yang seharusnya tersemadi di hati seorang guru. sikit2 nak mengadu, sikit2 nak mengadu....  adoyaiiiiii......... Mungkin banyak lagi yang berlaku di belakang kita... cuma kita sedar bila kita telah djerumuskan ke lembah masalah. 


Justeru itu, Spesis ini dikatakan hebat apabila dapat memalukan orang lain dan lagi hebat apabila membuatkan pihak pentadbir menanamkam sikap negetif yang berpanjangan terhadap kita. hadeeeiiiiii..... Lagi klass spesis ini yang hadir dari golongan atasan seperti guru bidang. Dia dapat membinasakan matlamat kita hanya dengan jari hantunya sahaja. Awas satu perkara penting... spesis inilah yang amat pandai menggosok bontot orang atasan bagi menjaga nama baik mereka.  Jaga-jaga ye !!!


Spesis ini tidak usahlah kita berbuat baik, aku yakin mereka hanya pandai mengaut keuntungan sahaja. Spesis sebegini bolih meranapkan segala impian murni guru untuk menggemilangkan sekolah masing-masing. Sebagai anak Kelantan yang berkhidmat di bumi Johor, aku merayu kepada semua pihak tidak kira di mana anda berada, sama-samalah kita berdoa agar golongan mulut becok ini diberikan hidayah oleh Allah S.W.T semoga kembali ke pangkal jalan sebelum menemui ajal........

2 comments:

  1. puan maznita...??
    puan marzitah laaa...hehehe

    ReplyDelete
  2. hihihi.... i love marzitah... shhh.... and hardcore hate salina

    ReplyDelete

Super Mario Game

Bubbles